KULAI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai menggantung diri di rumahnya di Flat Temenggong, Kulai pada petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata, pihak polis telah menerima satu panggilan daripada seorang lelaki mengenai kejadian tersebut pada kira-kira jam 3.30 petang.
Katanya, selepas menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kulai bergegas ke rumah terbabit.
“Setibanya di lokasi, mangsa telah diturunkan oleh ahli keluarganya daripada tempat asal mangsa menggantung diri.
“Kira-kira jam 4.45 petang mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Menurut Beng Yeow, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa dan mangsa disahkan mati kerana ‘hanging’,” katanya.
Tambah beliau, motif kejadian disyaki berpunca daripada selisih faham antara keluarga dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
*Di Malaysia, mereka yang berhadapan masalah kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah mereka boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di Kuala Lumpur dan Selangor pada talian 03-79568145 atau e-melkan kepada [email protected]
Astro Awani
Fri Apr 16 2021
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai menggantung diri di rumahnya. - Gambar fail
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
Pemandu teksi bunuh adik sebelum gantung diri
Dua beradik tersebut difahamkan bertengkar di sebuah rumah sebelum tragedi berdarah itu berlaku.
Lelaki warga tempatan mati mengejut ketika dalam tahanan - Polis
Seorang tahanan polis warga tempatan mati mengejut pada Isnin lepas ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Pelatih pusat serenti ditemui mati tergantung
Turut ditemukan ialah sekeping nota memohon maaf kepada ahli keluarga dan melahirkan kekecewaan akibat ditinggalkan teman wanita.
Wanita temui mayat teman lelaki di ruang tamu
Seorang lelaki ditemui mati tergantung di rumah sewanya di Jalan Beaufort Jaya, Sabah.
Kanak-kanak 9 tahun ditemui mati dipercayai gantung diri
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai menggantung diri di rumahnya di Flat Temenggong, Kulai pada petang semalam.
Pemuda ditemui dalam keadaan tergantung, dipercayai bunuh diri
Mangsa ditemui tergantung di pagar pintu belakang bahagian tingkat atas rumah.
Gara-gara tiada anak, isteri didera suami bertindak bunuh diri
Hanya kerana tidak dikurniakan cahaya mata sejak lapan tahun mendirikan rumah tangga, seorang wanita didera suaminya, hinggakan mangsa terpaksa mengambil keputusan untuk membunuh diri.
JPNPP siasat dakwaan pelajar bunuh diri akibat tekanan di sekolah
JPNPP sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki 16 tahun di Bukit Mertajam bunuh diri akibat tekanan di sekolah.
Mayat pemuda reput ditemui tergantung di pondok
Mayat seorang pemuda yang sudah reput ditemui dalam keadaan tergantung di sebuah pondok di Tanjung Panasu, Batang Igan di sini pada pagi Selasa.
Budak perempuan 10 tahun ditemui mati tergantung pada pemegang tangga
Ibu bapanya menemukan mangsa dalam keadaan tergantung dengan tali pada leher dan terikat pada pemegang tangga.